2018 - RM500 BAKAL JADI MILIK ANDA


Dengan simpanan bersih SSPN1M minimum RM500, anda akan menerima simpanan PERCUMA RM500 dalam akaun SSPN1M anda.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia adalah penjenamaan semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disediakan oleh PTPTN.

Produk SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Klik di bawah sekarang untuk buka akaun atau penambahan deposit SSPN1M

SIAPA YANG LAYAK?


Logo PTPTN

Kanak-kanak berumur
7-12 tahun

Logo PTPTN

Simpanan bersih tahunan SSPN1M minimum RM500

*Boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.

Logo PTPTN

Layak bagi 500,000 akaun terawal

Sekiranya anda layak, amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN1M anda pada hujung bulan yang sama.

PRODUK


SSPN1M-i Plus
(Dahulu dikenali sebagai SSPN-i Plus)
Pelepasan taksiran cukai.
Dividen yang kompetitif.
Perlindungan takaful komprehensif sehingga RM1,000,000.
Khairat kematian pendeposit, pasangan dan 3 orang anak.
Komitmen simpanan serendah rm30 sebulan.
SSPN1M-i
(Dahulu dikenali sebagai SSPN-i)
Pelepasan taksiran cukai.
Dividen yang kompetitif.
Perlindungan takaful ringgit ke ringgit.
Khairat kematian

ADA PERSOALAN?


SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak.

Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500.

Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).

Insentif GS500 layak diberikan kepada pendeposit seperti berikut:

  1. Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;

  2. Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah:

    • berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun; atau
    • sedang belajar di sekolah rendah

Akaun SSPN1M boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan.

Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN1M-i Plus).

Contoh:

Penerima Manfaat Keterangan SSPN1M-i SSPN1M-i Plus Catatan
1 Simpanan 500 - Layak GS500
2 Simpanan - 500 Layak GS500
3 Simpanan 200 300 Tidak layak GS500

*Pakej Intan : Bahagian simpanan (RM500) + Bahagian takaful (RM250)

Pendeposit boleh membuat bayaran ke hadapan (advance payment) dengan jumlah RM650 bagi melayakkan GS500 (simpanan RM520, takaful RM130). Walau bagaimanapun pendeposit adalah digalakkan untuk membuka akaun SSPN1M-i dengan jumlah simpanan RM500.

Tidak perlu kerana insentif GS500 akan diberikan secara automatik.

Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).

Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan mulai 10 haribulan berikutnya di Portal Rasmi PTPTN atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.

Tidak layak kerana simpanan bersih terkumpul tidak mencukupi RM500.

Contoh:

Penerima Manfaat Keterangan SSPN1M-i
(RM)
SSPN1M-i Plus
(RM)
Catatan
1 Pengeluaran 500 - Tidak layak GS500
Simpanan - *750

*Pakej Intan : Bahagian simpanan (RM500) + Bahagian takaful (RM250)

Tidak layak kerana simpanan bersih terkumpul tidak mencukupi RM500.

Contoh:

Penerima Manfaat Keterangan SSPN1M-i SSPN1M-i Plus Catatan
1 Pengeluaran 500 - Tidak layak GS500
Simpanan - 500

Pendeposit layak menerima insentif GS500 sekiranya membuat simpanan sebanyak RM1,000 ke akaun penerima manfaat kedua.

Contoh:

Keterangan Penerima Manfaat 1
(RM)
Penerima Manfaat 2
(RM)
Catatan
Pengeluaran 500 - -
Simpanan - 1,000 Layak GS500

Tidak. Seorang penerima manfaat hanya layak menerima sekali insentif GS500 sahaja. Keutamaan pemberian insentif ini adalah kepada akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM500.

Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.

Boleh dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500, tertakluk kepada syarat pengeluaran sedia ada

Contoh:
Pendeposit mempunyai baki simpanan sebanyak RM2,000 dan telah menerima insentif GS500. Keseluruhan simpanan adalah sebanyak RM2,500. Pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM1,500.

Tidak boleh. Insentif GS500 adalah milik penerima manfaat secara individu dan tidak boleh dipindah milik ke penerima manfaat yang lain walaupun di bawah pendeposit yang sama.

Tidak boleh. Insentif GS500 akan ditarik balik sekiranya pendeposit melanggar terma dan syarat yang ditetapkan dan amaun penutupan hanya tertakluk kepada jumlah simpanan dan dividen sahaja.

Tidak layak. Insentif GS500 hanya akan diberikan sekali sahaja dan tidak akan diberikan semula jika ia ditarik balik walaupun simpanan bersih telah mencecah RM500

Apabila berlaku kematian ke atas:

  1. Pendeposit : Semua akaun di bawah nama pendeposit perlu ditutup dan layak menerima GS500.

  2. Penerima manfaat : Akaun penerima manfaat perlu ditutup dan layak menerima GS500.

Tidak layak. Insentif GS500 merupakan geran daripada kerajaan dan bukanlah simpanan daripada pendeposit.

Klik di bawah sekarang untuk buka akaun atau penambahan deposit SSPN1M

Hubungi Kami!


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000

Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)